Najib Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Sayap Umno

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa selama satu jam menjamu selera dan beramah mesra dengan anggota Umno pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri Pemuda, Wanita, Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ketibaan Najib petang tadi disambut ketua-ketua sayap parti iaitu Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Turut sama, Naib-naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta anggota Majlis Tertinggi dan Exco-exco sayap parti.

Pada majlis itu, Najib yang juga Presiden Umno telah menyampaikan cenderahati kepada bekas ketua sayap antaranya Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Tan Sri Aishah Ghani dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai tanda penghargaan dan mengenang jasa mereka yang memperjuangkan agenda parti sejak dulu lagi.

Majlis yang dihadiri lebih 50,000 tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh anggota-anggota sayap parti di samping menikmati juadah hari raya dari pelbagai negeri.

Shahrizat berkata majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan semangat perpaduan di antara Pemuda, Wanita dan Puteri di samping dapat berkumpul dan beramah mesra dengan anggota Umno di peringkat akar umbi.

Rosnah pula berkata majlis seperti itu perlu diadakan pada tahun akan datang kerana ia memberi kesan positif bukan sahaja di kalangan pemimpin parti tetapi juga kepada anggota-anggota di semua peringkat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan