Kapal USS Abraham Lincoln Berlabuh Di Pelabuhan Klang, Jumaat

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Kapal perang kelas Nimitz kelima USS Abraham Lincoln (CVN-72) milik Tentera Laut Amerika hari ini berlabuh di Port Klang Cruise Centre dekat sini, sebagai sebahagian daripada program diplomatiknya dengan negara-negara Maritim.

Pegawai Memerintahnya Kapt John D. Alexander berkata lawatan itu bertujuan meningkatkan hubungan ketenteraan antara Amerika dan Malaysia, namun menurutnya hubungan ketenteraan itu lebih terarah kepada hubungan berbentuk sosial dan bukannya membabitkan sebarang operasi.

"Saya merasa gembira kerana ini merupakan persinggahan pertama kapal ini ke pelabuhan sejak saya menjadi Pegawai Memerintahnya Januari lepas," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal yang memuatkan ruang muatan setinggi 20 tingkat itu.

Kapal itu turut membawa pesawat F/A-18C Hornet, F/A-18E/F super Hornet, C-2A Greyhound, MH-60R Seahawk dan helikopter MH-60S Seahawk serta jet pejuang yang pernah digunakan dalam operasi membebaskan Iraq dan lain-lain operasi sokongan.

Semasa di sini Alexander dan beberapa anak kapalnya akan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti komuniti di Lembah Klang, yang antara lain termasuk lawatan ke Praise Emmanuel Children's Home di Petaling Jaya dan rumah kebajikan Tua Wesley di Jalan Klang Lama.

Kapal USS Abraham Lincoln, atau dikenali dengan panggilan "Abe" mempunyai 5,500 anak kapal termasuk anggota pasukan tentera udara.

Kapal itu akan berlabuh di satu destinasi yang tidak didedahkan pada 12 Oktober ini sebelum kembali ke pengkalannya di Everett, Washington. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan