Jabatan Laut Diarah Siasat Bot Nelayan Dilanggar Kapal Dagang

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Jabatan Laut untuk melakukan siasatan segera berhubung kejadian bot nelayan terbalik dilanggar kapal dagang di Selat Melaka, 10 batu nautika dari Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam semalam menyebabkan dua orang terbunuh dan empat lagi hilang.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata bahawa Jabatan Laut telahpun mengambil tindakan serta merta termasuk membuat hebahan bagi memaklumkan kepada kapal-kapal yang berada di sekitar kawasan itu mengenai kejadian berkenaan.

"Hebahan telah dilakukan setiap 10 minit, bermula sebaik dimaklumkan tentang kejadian pelanggaran untuk memberitahu kapal supaya memantau dan memaklumkan segera jika terjumpa mangsa yang hilang," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Kejadian pada 3.40 pagi semalam itu melibatkan bot pukat jerut yang dinaiki 10 awak-awak. Empat daripada mereka terselamat.

"Kepada ahli keluarga dan rakan mangsa, kami ingin menyampaikan rasa dukacita dan simpati," kata Kong. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan