Biro Pengaduan Awam Siasat Penggunaan Perlembagaan Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Biro Pengaduan Awam akan menyiasat dakwaan kononnya Biro Tata Negara (BTN) menggunakan buku perlembagaan palsu semasa mengendalikan satu kursus di Johor baru-baru ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah.

Beliau berkata kerajaan memandang serius perkara itu kerana isi kandungan perlembagaan itu menyentuh sensitiviti kaum.

"Kerajaan telah mengarahkan BPA untuk menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti penulis buku berkenaan. Buku tersebut dipercayai diedar dan digunakan sebagai rujukan dalam ceramah anjuran BTN itu.

"Bagaimanapun kesahihan perkara itu hanya akan dapat ditentukan sebaik selesai siasatan," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di sini Jumaat.

Murugiah berkata beliau mengetahui perkara itu berikutan laporan seorang peserta yang mengikuti kursus berkenaan.

"Peserta terbabit berasa keliru apabila penceramah kursus itu menggunakan perlembagaan palsu yang menyentuh isu sensitif sesuatu kaum. Perkara ini akan merencatkan usaha melaksanakan wawasan Perdana Menteri dalam membentuk gagasan 1Malaysia, dan boleh menimbulkan rasa kurang senang kaum yang dikaitkan dalam perlembagaan palsu itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan