Rumah Perlindungan Kanak-Kanak, Wanita Wujud Sejak 1975

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menguar-uarkan penubuhan rumah perlindungan untuk kanak-kanak dan wanita hamil luar nikah sejak tahun 1975 kerana menghormati agama dan adat budaya negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kerajaan tidak menghebahkan mengenai kewujudan rumah berkenaan ekoran isu remaja hamil luar nikah adalah perkara yang sensitif di kalangan masyarakat terutamanya bagi kaum Melayu.

"Kerajaan telah lama mewujudkan rumah perlindungan tetapi memikirkan mengenai agama, adat dan apabila berbicara mengenai isu gadis hamil luar nikah ia adalah isu sensitif di kalangan masyarakat negara ini.

"Jadi perkara itu tidak dihebahkan," katanya pada sidang media sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran kementeriannya di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata, setakat ini kerajaan telah membantu lebih 20,000 kanak-kanak dan gadis bermasalah untuk diberi perlindungan yang mendapat kawal selia daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya lagi, daripada jumlah itu, seramai 976 kanak-kanak telah diberi perlindungan oleh JKM dari tahun 2006 hingga 2010.

"Jumlah tersebut adalah daripada sejak kerajaan mewujudkan rumah perlindungan pada tahun 1975 dan kerajaan ada bercadang untuk menambah rumah perlindungan bagi membantu mereka," katanya.

Sementara itu, Shahrizat berkata, sejak tahun 2006, kerajaan bersama-sama 14 rumah perlindungan milik Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk diberi bantuan dan dikawal selia oleh JKM.

"Kita kini mempunyai 18 institusi yang bergerak aktif dalam membantu kanak-kanak dan gadis malang dan ada di antara mereka lebih selesa untuk berlindung di pusat perlindungan milik NGO.

"Jadi kita bantu dan memberi kerjasama penuh kepada mereka demi menjaga kepentingan individu yang bernasib malang ini," jelasnya.

Katanya lagi, kerajaan bagaimanapun akan sentiasa memantau perjalanan rumah perlindungan milik NGO supaya menepati setiap piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan