Polis Nafi Ayah Pin Kembali - Berita Semasa | mStar

Polis Nafi Ayah Pin Kembali

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan hari ini menafikan laporan dua buah akhbar bahawa ketua ajaran sesat Ariffin Mohamad atau dikenali sebagai Ayah Pin kembali bergerak aktif di Hulu Besut dan sedang mengumpul pengikutnya.

Katanya pemantauan polis mendapati tiada sebarang kegiatan berlaku di perkampungan peninggalan Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.

"Polis percaya buat masa ini Ayah Pin masih berada di negara jiran," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Besut di Kampung Raja di sini Khamis.

Dua buah akhbar itu hari ini melaporkan Ayah Pin, 70, dikesan aktif menghidupkan kembali apa yang dikenali sebagai "Kerajaan Langit" pimpinannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, di sini. Menurut laporan akhbar itu, pengikut Ayah Pin yang hadir itu ada antaranya datang dari Selangor, Pahang dan Johor dengan menaiki pelbagai kenderaan mewah.

Tinjauan Bernama di perkampungan berkenaan mendapati keadaan di situ tenang dan beberapa penduduk menjalani kegiatan masing-masing.

Namun beberapa penduduk luar dan orang tertentu mendakwa masih wujud kegiatan yang meragukan di perkampungan itu terutamanya pada hari Ahad.

Mereka meminta pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan itu secara terperinci.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Shaikh Harun Ismail yang dihubungi enggan mengulas tentang perkara itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan