Pelakon Filem Dan Drama Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pelakon filem dan drama, Abu Bakar Afiffin, 58, yang sering membawa watak jahat, meninggal dunia di rumahnya di Padang Melangit dekat sini, semalam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.30 malam setelah mengadu sesak nafas dan batuk sewaktu sedang berehat di beranda rumah bersama isterinya.

Isteri allahyarham, Siti Armah Samsuddin, 52, yang ditemui hari ini terkejut dengan kematian suaminya kerana sebelumnya allahyarham kelihatan sihat dan tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan.

"Pada pagi sebelum dia meninggal, arwah bersiar-siar dengan berbasikal seorang diri di Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat dan sempat melayari facebook di waktu petang," katanya.

Allahyarham telah menamatkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Sumber Manusia di Epson Toyocom Corporation akhir tahun lalu di Lembah Klang setelah hampir 30 tahun berkhidmat di syarikat itu.

Menurut Siti Armah, allahyarham menghidap pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis dan menjalani rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Sepanjang hidup bergelar pelakon, arwah pernah membintangi tiga buah filem pada tahun 80an seperti Jiwa Remaja, Cinta dan Lagu dan Antara Hitam dan Putih dan pernah memegang watak penjahat dan gengster dalam drama Gerak Khas dan beberapa drama lain selain iklan televisyen. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan