Masa Untuk Malaysia Melakukan Transformasi Kerajaan & Perusahaan Secara Digital, Kata Najib

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Masanya sudah tiba untuk Malaysia melakukan transformasi kerajaan dan perusahaan menggunakan pendekatan digital, menerusi cara yang memberi manfaat kepada negara dan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dalam MSC Malaysia melangkah ke Fasa Ketiga, saya yakin ia akan memain peranan yang lebih penting dalam kemajuan Malaysia, khususnya dalam perjalanan kita untuk menjadi Ekonomi Digital yang Inovatif," katanya.

Menurut Najib, MSC Malaysia akan menyelesaikan Fasa Keduanya akhir tahun ini dan setakat ini, inisiatif berkenaan sudah berjaya, melepasi sasaran yang ditetapkan.

Pada masa ini, Najib berkata MSC Malaysia meletakkan asas untuk membangunkan infrastruktur, syarikat dan profesional yang berkeupayaan untuk memimpin perubahan ke arah mencapai matlamat global itu.

Ia menyumbang lebih daripada RM35 bilion terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 2004 dan 2010, mewujudkan lebih daripada 83,000 pekerjaan, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan mewujudkan subsektor dan membangunkan usahawan tekno kelas baharu.

Najib berkata demikian pada akhir Mesyuarat Majlis Pelaksanaan (ICM) ke-22 dan Panel Penasihat Antarabangsa Malaysia MSC (IAP) ke-13, di sini.

“Kini dalam peringkat permulaan Fasa III Agenda MSC Malaysia, tumpuan adalah untuk memanfaatkan sektor ICT dan meningkatkannya ke tahap baharu," katanya.

"Berdasarkan perbincangan kami hari ini, kami sudah membuat rumusan bahawa untuk melangkah ke depan, ia memerlukan kami untuk memulakan Ekonomi Digital yang Inovatif.”

Najib berkata Ekonomi Digital hari ini sangat mengagumkan dan hebat, pantas dengan menyumbang 35 peratus kepada dagangan dunia berjumlah US$17 trilion pada 2009.

Beliau menambah bahawa perolehan e-dagang global akan mencecah US$3.8 trilion menjelang 2020, angka yang sangat tinggi.

"Matlamat Ekonomi Digital Inovatif kami ialah untuk merangsang kreativiti manusia dengan teknologi baharu, premis dan peluang," katanya.

Pemangkin ini akan menjadi pemimpin inovasi dalam produk, perkhidmatan dan proses, meningkatkan produktiviti di kalangan individu dan perniagaan dan pada masa yang sama merangsang daya saing dalam ekonomi digital global, katanya.

Oleh itu, Najib berkata strategi terancang dan berjaya dilaksanakan perlu bagi memastikan Malaysia dapat terus bersaing dan cemerlang di peringkat global.

“Berdasarkan keperluan ini, kami berbincang dan memutuskan beberapa cadangan yang akan diketuai oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia atau MDeC" katanya.

Terdapat pembangunan ekonomi untuk kerangka kerja digital yang inovatif nasional, kemasukan teknologi merentas seluruh ekonomi dalam memacu produktiviti dan inovasi, menjadikan Malaysia sebagai hab cergas untuk pewujudan penyelesaian ICT untuk eksport, memperkasakan ICT sebagai sumber kelebihan saingan dan menggunakan ICT untuk meningkatkan kualiti hidup merentas kaum, katanya.

Najib berkata rumusan itu melengkapkan cadangan Program Tranformasi Ekonomi (GTP) kerajaan.

Najib juga berkata mesyuarat itu juga memutuskan bahawa ICT akan memain peranan penting dalam GTP.

“Sejumlah 85 daripada 131 Projek Peringkat Permulaan (EPP) yang secara kolektifnya bernilai RM670 bilion bergantung kepada ICT dengan 28 daripadanya berintensifkan ICT.

Projek itu meliputi 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dengan 60 peluang perniagaan tersedia untuk sektor swasta.

Menurut Najib, pembangunan bakat juga akan terus menjadi tumpuan utama dan cadangan disasarkan untuk meningkatkan kualiti graduan yang memasuki tenaga kerja dan menarik graduan asing kembali ke Malaysia.

Inisiatif utama akan bertumpu terhadap meluaskan usaha sama dengan peserta industri menerusi program “Tamat Sekolah” untuk melatih 25,000 pekerja berpengetahuan dengan institusi pengajian tinggi menyediakan kurikulum yang lebih bertumpukan industri dan dipacu pasaran, katanya.

“Satu lagi keputusan penting yang kami capai ialah menyemak semula dasar imigresen mengenai permit kerja untuk pelajar asing di institusi pengajian tinggi tempatan."

"Setiap tahun 1,000 pelajar asing berkelayakan dari institusi tempatan diberikan permit kerja untuk menangani kekurangan bakat ICT."

Najib yang juga Menteri Kewngan berkata Perusahaan Kecil dan Sederhana merupakan pemaju utama pertumbuhan dan oleh itu keupayaan mereka perlu diperkukuh untuk meluaskan bahagian pasaran dan melangkah ke peringkat global.

“Memandangkan akses untuk pembiayaan sangat penting, ia akan ditangani oleh pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk memudahkan peruntukan pinjaman mudah bagi menyokong peluasan itu."

Beliau berkata pasukan petugas itu akan merangka dan melaksana model penilaian hak harta intelektual (IP) kebangsaan untuk menyokong penerimaan IP sebagai sandaran kepada institusi kewangan.

Najib juga berkata dua mesyuarat penting itu berhasil dan berjaya mencapai keputusan penting yang akan memberi impak bear ke atas pelan transformasi negara.

"Satu resolusi jelas mesyuarat IAP dan ICM ialah ICT kekal sebagai faktor utama kejayaan kita sebagai sebuah negara.

Dalam konteks ini, katanya inisiatif MSC Malaysia penting dalam membawa nilai hebat untuk industri ICT negara dalam banyak aspek termasuk pelaburan, pewujudan bakat dan manfaat sosial.

Najib berkata terdapat beberapa cadangan untuk membantu sektor ICT Malaysia iaitu dasar untuk membantu memacu penggunaan barangan dan perkhidmatan ICT domestik serta inisiatif Beli Barangan Malaysia yang dijangka menawarkan syarikat bahagian yang lebih besar dalam industri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan