Kottapan Mahu PKR Siasat Kekecohan Pemilihan Cabang Kota Raja

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Raja yang mendakwa diserang oleh sekumpulan 40 samseng semasa kekecohan pemilihan pimpinan cabang itu mahu PKR pusat menyiasat kejadian itu dengan segera.

S.Kottapan berkata, beliau difahamkan siasatan akan dilaksanakan selepas pemilihan peringkat tertinggi parti November ini.

Bagaimanapun, jika hendak menunggu sampai tamat pemilihan pusat ia sudah lewat, katanya kepada pemberita di dalam sebuah wad pusat perubatan swasta di sini hari ini.

Ditanya apakah tindakan yang ingin beliau saksikan daripada PKR pusat, beliau berkata:" Saya mahu pemilihan ini dibatalkan." Jika tiada tindakan diambil bermakna tiada keadilan, katanya.

Beliau mendakwa, semasa berlaku kekecohan pemilihan cabang Kota Raja di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di Bukit Naga, peti-peti undi pada pemilihan itu telah dibawa ke PKR pusat.

Bagaimanapun, Kottapan mendakwa tiada wakil beliau dipanggil semasa pengiraan undi dan kemungkinan tinggi peti-peti undi itu telah diusik.

Dalam pemilihan yang berlangsung pada 26 September itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas dan Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar telah diumumkan oleh laman web parti itu memenangi jawatan Ketua Cabang Kota Raja.

Bagaimanapun, Kottapan berkata, beliau telah menghantar surat bantahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Dr Molly Cheah mengenai kekecohan semasa pemilihan itu.

Kottapan juga kesal dengan dakwaan beberapa pemimpin PKR bahawa kecederaan yang dialaminya itu adalah lakonan.

Katanya, beliau mengalami kecederaan pada rahang dan telinga kanannya masih lagi sakit kerana ditumbuk dan ligamen di bahagian lutut kirinya juga cedera akibat ditendang bertubi-tubi dan kecederaan beliau akan terbukti apabila imbasan dan laporan perubatannya siap.

Ditanya apakah faktor yang mendorong kekecohan ini berlaku, beliau mendakwa perkara itu berlaku apabila terdapat segelintir penyandang ketua cabang yang menggunakan taktik kotor bagi mengekalkan jawatan masing-masing.

Beliau berkata, ada di antara mereka yang bertanding sudah memasang angan-angan mahu menjadi menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan