Kerajaan Digesa Wujudkan Dasar Pengangkutan Negara

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mewujudkan Dasar Pengangkutan Negara dengan segera bagi memberikan garis panduan kepada pengguna, pengusaha pengangkutan dan pihak berkuasa dalam menangani masalah sistem pengangkutan pada masa akan datang.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata dasar itu memberikan propek dan penyelesaian berkaitan isu pengangkutan khasnya pengangkutan awam.

"Tanpanya, pengguna tidak tahu apa yang diharapkan dan pengusaha tidak tahu yang diharapkan oleh mereka (pengguna), dan pihak berkuasa tidak tahu cara-cara untuk melaksanakan sistem tersebut," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata dasar itu boleh digabungkan dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), katanya.

Ashfar juga berkata kerajaan juga perlu mengkaji dasar sekarang yang berkaitan dengan pengusaha bas agar mereka boleh membekalkan perkhidmatan paling baik kepada pengguna. "Telah banyak bas beroperasi, dan kerajaan masih mengeluarkan permit kepada pengusaha bas baru, ia mesti diberhentikan kerana terlalu banyak dalam pasaran dan ia merupakan satu jenayah akibat pembaziran sumber," kata beliau.

Bagi membolehkan pengusaha bas itu beroperasi dengan menguntungkan, Ashfar berkata ia hendaklah memberikan ruang kepada perniagaan itu sendiri khasnya mengawal jumlah perkhidmatan harian.

"Kita tidak mahu subsidi diesel, ambillah, kerajaan membelanjakan RM300 juta dalam sistem nano, mansuhkan dan berikan kepada nelayan," beliau berkata pengusaha bas telah mencadangkan banyak dasar tetapi mereka tidak respond satu pun.

Bukan hanya pengusaha bas tidak dapat membaiki basnya dan meningkatkan perkhidmatan, tetapi ramai yang terpaksa memberhentikan operasinya kerana dasar yang ketat yang dikenakan.

Setakat ini kira-kira 20 pengusaha bas besar terpaksa memberhentikan operasinya, kata beliau.

Presiden Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N. Marimuthu berkata perlunya komitmen jelas kerajaan untuk memperbaiki dan menaik taraf sistem pengangkutan awam.

Apa yang perlu dilakukan katanya ialah kesungguhan politik untuk menangani isu ini dalam cara prgmatik dan telus dengan mengmbil kira kepentingan semua yang terbabit.

Dialog berterusan antara pihak berkuasa dan pengusaha industri berkenaan perlu dilakukan selalu.

Beliau berkata satu sistem pemantauan dan penilaian perlu diadakan bagi memastikan operasi dan sebarang isu akan timbul dapat ditangani.

Isnin lepas, Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) melaporkan bahawa dalam lapan bulan pertama tahun ini, 1,160 aduan diterima berbanding 1,493 kes pada sepanjang tahun 2008 dan 2,024 kes tahun lepas.

Kebanyakan aduan yang diterima terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan tempatan, Transit Rel Ringan (LRT), tren komuter dan bas awam, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan