Kelantan Mungkin Isytihar Cuti Peristiwa Pada 4 November

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau kemungkinan akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 4 November untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Beliau berkata perkara itu sedang dipertimbangkan disebabkan tarikh tersebut jatuh pada hari Khamis yang merupakan hari bekerja.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, hasratnya ialah untuk memudahkan pengundi keluar mengundi terutama bagi penduduk di kawasan terpencil.

Katanya beliau juga kesal dengan tarikh itu yang jatuh pada hari bekerja dan sepatutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbincang dengan kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan kerana ia membabitkan hari bekerja dan urusan dengan orang ramai.

"Tindakan yang dibuat oleh SPR itu boleh menambahkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pelancongan di sini, Khamis.

SPR mengumumkan penamaan calon bagi pilihan raya itu akan diadakan pada 26 Oktober, dan jika ada pertandingan pilihan raya ditetapkan pada 4 November.

Kerusi kawasan Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, di Kuala Lumpur akibat barah usus pada 27 September lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan