Kekalahan Penyokong Kuat Anwar Jadi Tanya

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kekalahan beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan peringkat cabang baru-baru ini jelas membuktikan ahli-ahli parti itu di peringkat akar umbi menolak kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali.

Menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Nidzammudin Sulaiman, kekalahan tersebut merupakan isyarat awal kepada Anwar dan Azmin bahawa mereka akan berhadapan dengan masalah besar dalam pemilihan di peringkat pusat yang dijadualkan bulan depan.

Bukan itu sahaja, Ahmad berkata, kekecohan yang berlaku dalam mesyuarat beberapa cabang seperti di Kota Raja, Kuala Langat, Kapar, Klang dan Lembah Pantai menggambarkan betapa ketamakan serta kerakusan merebut jawatan dan pangkat telah mempengaruhi pemilihan parti PKR kali ini.

“Mereka yang kalah ini dilihat sebagai penyokong kuat Anwar dan Azmin. Sememangnya kekalahan yang dialami oleh mereka memberi satu tamparan hebat kepada kedua pemimpin berkenaan.

“Saya percaya ia lebih merupakan satu mesej yang mahu disampaikan oleh ahli-ahli kepada Anwar dan Azmin. Ahli-ahli PKR semakin sedar bahawa Anwar dan Azmin adalah liabiliti bagi parti. Nampaknya percaturan mereka untuk terus menguasai PKR berhadapan dengan masalah,'' katanya kepada mStar Online di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai kekalahan lima pemimpin kanan PKR dalam pemilihan di peringkat cabang baru-baru ini, kesemua mereka yang kalah didakwa sebagai orang kuat Anwar serta Azmin.

Mereka ialah dua Naib Presiden PKR iaitu R. Sivarasa serta Mustaffa Kamil Ayub; Exco Selangor, Elizabeth Wong; Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, pada setiap pemilihan parti, Anwar dan Azmin akan menyusun orang-orang mereka bagi memenangi pertandingan di peringkat cabang untuk memudahkan mereka terus menguasai PKR.

"Kekecohan yang berlaku itu berpunca daripada kekalahan calon-calon Anwar dan Azmin, tetapi sebab paling utama ialah kerakusan dan ketamakan mereka untuk merebut jawatan.

"Ia juga berpunca daripada kegagalan Azmin sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor mentadbir urus parti di peringkat negeri selain kegagalannya mendisiplinkan ahli parti," katanya.

Beliau berkata, pemilihan PKR kali ini bukan sahaja tidak demokratik malah langsung tidak mengikut undang-undang.

"Ahli PKR kini semakin meluat dengan tindak-tanduk Anwar yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada Azmin mengatur calon pilihan mereka pada pemilihan kali ini.

"Ini adalah bukti pemusatan kuasa oleh Anwar dan Azmin. Kini kuasa rakyat yang mereka laung-laungkan selama ini terpercik ke muka Anwar dan Azmin apabila ahli-ahli PKR sedar bahawa selama ini mereka telah dipergunakan untuk mencapai cita-cita peribadi pemimpin parti," katanya.

Beliau juga percaya ekoran kekalahan calon pilihan Anwar dan Azmin, Penasihat PKR itu akan mengambil langkah menyekat kemaraan demokrasi tulen antaranya menyekat cabang yang tidak sealiran dengan mereka.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan