25 Anggota PAS Baling Tinggalkan Parti, Sertai Umno

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING: Seramai 25 penyokong PAS dari Kampung Masjid, Kuala Pegang di sini hari ini bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana tidak puas hati dengan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mereka yang diketuai Osman Harun, 50, menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Abdul Azeez Rahim.

Osman berkata dia amat kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak menunaikan janji-janji mereka seperti yang termaktub dalam manifesto pilihanraya Ke-12 yang lalu.

"Saya lihat tidak ada satu pembangunan yang dibuat oleh kerajaan di kawasan kami sehinggakan kami tidak tahu hendak mengadu nasib kepada siapa. Keputusan yang diambil saya bersama rakan-rakan adalah tepat kerana hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sajalah yang dapat membantu penduduk di kawasan ini mendapat pembangunan demi kemajuan penduduk setempat," katanya kepada pemberita di sini Khamis petang.

Azeez ketika ditemui pemberita berkata beliau amat terkejut dengan penyerahan borang keanggotaan Umno yang dilakukan pada majlis Jamuan Hari Raya Bersama Rakyat di Kuala Pegang hari ini kerana ia diadakan secara tiba-tiba.

"Saya amat kagum dengan mereka yang bersungguh-sungguh ingin menyertai perjuangan bersama Umno tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak dan amat bersyukur kerana mereka terpanggil setelah melihat kepimpinan Umno sahaja yang dapat membela nasib rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan