Melaka Tubuh Jawatankuasa Bawa Pulang Tenaga Pakar

Diterbitkan: Rabu, 6 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Selaras dengan penubuhan Perbadanan Bakat, Melaka akan turut menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengesan dan membawa pulang profesional dari kalangan anak negeri ini yang kini berkhidmat di luar negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.

"Kita mahu mereka yang profesional dan pakar ini pulang berkhidmat di Melaka supaya negeri ini lebih maju," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan pengurusan pendidikan antarabangsa anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan tentang penubuhan perbadanan tersebut bagi menarik profesional Malaysia di luar negara pulang berkhidmat di tanah air.

Mohd Ali berkata empat bidang yang dikenal pasti memerlukan tenaga golongan profesional di Melaka ialah bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, kesihatan dan tenaga diperbaharui. "Kerajaan Melaka bersedia memberi insentif menarik kepada mereka yang mahu pulang membangunkan negeri ini supaya lebih maju," katanya.

Mohd Ali turut mendoakan agar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengalami masalah kesihatan semasa berada di Australia segera sihat.

"Kita bersyukur beliau sudah keluar dari hospital (Epworth Hospital, Melbourne, Australia) semalam dan sedang berehat di sana," katanya.

Dr Mahathir pada mulanya dijadual menyampaikan ucaptama pada persidangan UPSI tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan