JKM Tiada Kuasa Senarai Hitam Pemilik Taska Yang Cuai

Diterbitkan: Rabu, 6 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang didapati cuai sehingga menyebabkan kematian terhadap kanak-kanak di bawah jagaan taman asuhan tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Datuk Meme Zainal Rashid berkata peruntukan di bawah Seksyen 20A (1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 hanya memberi kuasa kepada Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai untuk mengambil tindakan menutup atau menghentikan khidmat pengasuhan kanak-kanak.

Meme berkata JKM juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemilik yang sudah diarah tutup untuk membuka Taska di tempat lain kerana pemberian lesen adalah di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.

"Oleh itu ibu bapa perlu lebih prihatin dan peka dengan memastikan menghantar anak-anak di Taska berdaftar bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau berkata, ini memandangkan sejumlah 2,077 Taska di seluruh negara dikesan masih gagal untuk mendaftar tetapi masih mendapat perhatian daripada ibu bapa.

"Kesukaran juga timbul apabila JKM ingin mengambil tindakan terhadap Taska yang tidak berdaftar kerana tekanan daripada pihak ibu bapa sendiri," katanya ketika melawat Taska Presint 18 yang telah diberikan notis penutupan pada Isnin lepas.

Taska di Presint 18 di sini, diarah tutup ekoran kecuaian sehingga menyebabkan kematian Nur Amierah Mohd Shahrul Niezam, 9 bulan sementara Taska di Presint 8 diarah tutup selepas seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz mati akibat tercekik susu.

Meme berkata dalam memastikan perkara seumpama tidak terus berulang JKM sudah menubuhkan Pasukan Khas di setiap negeri dan daerah untuk membuat pemantauan ke atas 2,077 Taska yang belum berdaftar.

Beliau berkata meskipun pendekatan menggalakkan dan bimbingan akan diteruskan tetapi pengusaha yang masih ingkar untuk mendaftar akan berdepan tindakan undang-undang.

Ditanya apakah antara punca Taska gagal memenuhi keperluan pendaftaran, Meme berkata antaranya ialah gagal memenuhi nisbah pengasuh dengan kanak iaitu seorang pengasuh diperlukan untuk menjaga lima kanak-kanak di bawah umur tiga tahun sementara seorang pengasuh diperlukan untuk sepuluh kanak-kanak di bawah usia tiga hingga empat tahun.

"Sebab lain ialah pengasuh bukan terdiri daripada warga negara Malaysia kerana kebanyakan Taska mengupah pengasuh dari Indonesia," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan