Gerakan WP Anggap Keng Yaik Sudah Tua, Nasihat "Tak Boleh Dipakai Lagi..."

Diterbitkan: Rabu, 6 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Wilayah Persekutuan menganggap apa jua dakwaan bekas presiden Tun Dr Lim Keng Yaik terhadap kepimpinan penggantinya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai tidak wajar dan tidak mengikut perkembangan semasa.

Bendaharinya, Alan Chan Fui Gan berkata Rabu, kemungkinan Lim semakin berusia dan nasihatnya "tidak boleh diguna pakai lagi".

"Saya rasa Tun Lim sudah tua, mungkin cara beliau tak boleh diguna pakai lagi," katanya pada satu sidang akhbar yang turut dihadiri anggota-anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri Gerakan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Lim meletak jawatan sebagai penasihat parti dan mengecam kepimpinan Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Chan berkata, pemimpin atasan sememangnya bertanya pendapat dan nasihat daripada Lim tetapi tidak semestinya kesemua nasihat itu perlu diambil dan diikuti sebaliknya perlu dinilai terlebih dahulu.

Setiausaha Gerakan Wilayah Persekutuan, Dr Wong Ruen Yuan pula berkata, Gerakan Wilayah Persekutuan menyokong penuh kepimpinan Koh kerana telah memberi peluang kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin yang berdedikasi di bawah kepimpinannya.

"Sebelum dia jadi presiden parti, mesyuarat bulanan hanya dua bulan sekali tetapi sekarang di bawah kepimpinannya, setiap bulan kami ada mesyuarat," katanya.

Mengenai krtikan Lim terhadap Koh kerana memilih menghadiri perasmian mesyuarat agung MCA daripada menghadiri mesyuarat agung luar biasa Gerakan Pulau Pinang yang membincangkan isu kepimpinan parti di negeri itu, Wong berkata Koh mungkin ada sebab-sebab tertentu berbuat demikian.

"Dr Koh bukannya takut untuk (pergi) seperti mana Dr Lim kata. Ini bukan soal takut tapi soal menghormati mesyuarat tersebut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan