Tun M Keluar Hospital

Diterbitkan: Selasa, 5 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerima rawatan di Hospital Epworth, Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru dibenarkan keluar daripada hospital itu kira-kira pukul 12 tengah hari pada Selasa.

Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, pasukan perubatan berpuas hati dengan perkembangan kesihatan Dr Mahatahir.

"Namun beliau masih akan diletakkan di bawah pemerhatian untuk pemerhatian lanjut untuk satu tempoh yang belum ditentukan," katanya.

Selain itu menurut Sufi, Dr Mahathir akan ditempatkan di sebuah hotel berhampiran bagi memudahkan pasukan perubatan membuat pemantauan.

"Pelepasan dari hospital hari ini ke sebuah hotel berhampiran juga merupakan sebahagian daripada proses pemulihan untuk mencepatkan proses pemulihan Dr Mahathir.

"Sepanjang tempoh ini, pasukan perubatan akan terus memantau rawatan antibiotik serta menjalani fisioterapi susulan," katanya.

Dr Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali berada di Melbourne sejak Khamis lalu untuk berucap pada seminar pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Melbourne.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan