Polis Siasat Laporan Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutuan

Diterbitkan: Selasa, 5 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat laporan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin berhubung dakwaan laman portal berita 'Malaysian Insider' yang mendakwa beliau telah membuat kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.

Hamim, membuat laporan itu di Balai Polis Daerah Sentul pada pukul 12.30 tengah hari, semalam, tetapi beliau enggan mengulas kandungan laporannya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan akan memanggil saksi lain jika ada, secepat mungkin.

"Kita juga akan menyiasat jika ada akta lain yang boleh disabitkan seperti Akta Hasutan," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Minggu lepas Pergerakan Puteri Umno juga telah membuat laporan polis berhubung perkara yang sama di IPD Sentul.

Bagaimanapun, beliau berkata tindakan akan dibuat setelah siasatan dan laporan penuh disiapkan.

Sebelum ini, laman portal berita itu melaporkan bahawa pegawai kanan BTN itu telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada sesi tertutup dengan Pergerakan Puteri UMNO pada 27 Sept lalu.

Berikutan laporan itu, Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum tindakan susulan diambil. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan