Umno Kedah Kembali Mantap - Shafie Apdal

Diterbitkan: Isnin, 4 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah untuk tempoh yang lama dan akan menyerahkannya kepada pemimpin dari negeri ini pada masa yang ditentukan oleh kepimpinan parti.

Katanya Umno Kedah sudah kembali mantap dan terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan pemimpin yang layak menjadi pengerusi bagi merampas kembali Kedah daripada pakatan pembangkang.

Shafie, yang memegang jawatan itu sejak April tahun lepas, berkata beliau memegang jawatan itu untuk sementara bagi membantu Umno negeri selepas kekalahan pada pilihan raya umum 2008.

"Saya pun tak nak lama. Saya hanya nak bantu. Mereka minta saya bantu...maka saya pun bantulah. Di Kedah, Umno di sini sudah lain dan kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional juga semakin mantap," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aildifitri Barisan Nasional Kedah di sini, Isnin.

Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata Umno Bahagian Sungai Petani yang digantung pengurusan pentadbirannya masih ditadbir oleh Badan Perhubungan Umno Negeri.

Katanya Umno negeri telah mengatur pertemuan antara dua kumpulan yang bertelagah di bahagian itu bagi mencari jalan penyesaian.

"Walau apapun masalah dalam bahagian Sungai Petani ini sebenarnya tidaklah seteruk yang digembar-gemburkan...tidak seteruk masalah bahagian (cabang) dalam PKR (Parti Keadilan Rakyat)," katanya.

Pada 21 Julai lepas, Majlis Tertinggi Umno mengarahkan supaya pengurusan pentadbiran Bahagian Sungai Petani diambil alih oleh Badan Perhubungan Umno Kedah berikutan masalah dalaman bahagian itu.

Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas, Shafie berkata walaupun jentera Umno dilihat mantap kerana diketuai Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Umno Kedah tetap akan menghantar rombongan untuk membantu kempen pilihan raya itu.

"Walaupun kita sedar dan yakin dengan jentera Umno di Kelantan, kita tetap kena bantu untuk menguatkannya lagi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan