Pengurusan Lemah Punca 9 Lagi Cabang PKR Gagal Mesyuarat

Diterbitkan: Isnin, 4 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas tamatnya pusingan akhir pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat cabang semalam, masih terdapat sembilan cabang di Johor, Sabah dan Sarawak gagal menyempurnakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan pimpinan masing-masing.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kegagalan cabang-cabang berkenaan melaksanakan tanggungjawab mereka disebabkan sistem pengurusan organisasi yang lemah.

"Antara sebab kegagalan cabang-cabang ini kerana organisasi diperingkat bawahan gagal berfungsi dengan baik.

"Saya sudah kenal pasti cabang-cabang berkenaan, struktur organisasi di bawah sangat lemah hinggakan proses penamaan calon juga tidak dapat dilakukan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Bagaimanapun Saifuddin berkata kegagalan cabang-cabang berkenaan menyempurnakan mesyuarat agung tahunan masing-masing tidak akan mengganggu proses pemilihan peringkat pusat yang dijadual bermula hujung bulan ini.

PKR mempunyai 205 cabang di seluruh negara.

Sebelum ini Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) terpaksa menangguhkan mesyuarat tujuh cabang yang bermesyuarat minggu lalu disebabkan oleh beberapa kekecohan dan masalah teknikal.

Tujuh cabang terlibat ialah Klang, Kapar, Petaling Jaya Selatan dan Kuala Langat di Selangor, Jerai dan Merbok di Kedah dan Kuala Nerus, Terengganu.

Selain itu, diminta mengulas mengenai beberapa lagi kekecohan yang dilaporkan berlaku semalam, Saifuddin berkata beliau masih belum menerima laporan penuh daripada jawatankuasa bertugas di seluruh negara berhubung perkara berkenaan.

"Sehingga kini saya hanya menerima maklumat yang mengatakan semua proses pemilihan yang dijadual diadakan minggu lalu berjalan dengan lancar dan tertib.

"Lancar maksudnya proses pengundian dapat dibuat, tapi kalau ada laporan media mengatakan ada masalah atau kekecohan, saya kena tunggu laporan penuh dahulu," katanya.

Media hari ini melaporkan beberapa cabang seperti Kulim, Penampang, Selayang, Ampang dan Miri kecoh apabila segelintir ahli parti mendakwa berlaku kelemahan dalam proses pengundian.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan