Litrak Cadang Perkenal Dua Pendekatan Baru Atasi Kesesakan Di LDP

Diterbitkan: Isnin, 4 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) bakal mengusulkan dua pendekatan baru kepada kerajaan persekutuan bagi mengatasi masalah kesesakan di sekitar Lebuhraya Damansara Puchong (LPD) menghala ke Lebuhraya Persekutuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Litrak Sazally Saidi berkata pendekatan itu bagaimanapun masih memerlukan perbincangan lanjut dengan kerajaan.

"Perbincangan ini telah bermula sejak tahun lepas dan usul bagi mengurangkan masalah kesesakan ini pun masih baru serta belum dihantar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Setakat ini semuanya masih dalam proses perbincangan dan kita nak pastikan keputusan yang terbaik dapat dicapai sebelum apa-apa tindakan diambil," katanya di majlis rumah terbuka anjuran Litrak Group sempena Aidilfitri, di sini, Isnin.

Seramai 25 warga emas daripada Persatuan Anak-Anak Yatim, Ibu Tunggal dan Warga Emas Kampung Medan, di sini hadir pada majlis itu dan masing-masing menerima bungkusan hadiah serta duit raya RM100.

Sazally berkata antara pendekatan baru itu ialah melebarkan kawasan lebuh raya serta memperkenalkan Skim Pengurusan Trafik yang bertujuan mengelak kejadian 'pintas memintas' di kalangan pemandu kenderaan berat dan ringan di lebuh raya.

"Setakat ini pihak LDP telah pun memulakan aktiviti melebarkan jalan di lebuh raya tersebut dan kami berharap pihak JPJ juga memberi lampu hijau untuk perkara yang sama dilakukan di Lebuhraya Persekutuan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan