Keng Yaik Lepas Jawatan Penasihat Gerakan Kecewa Kepimpinan Koh - Berita Semasa | mStar

Keng Yaik Lepas Jawatan Penasihat Gerakan Kecewa Kepimpinan Koh

Diterbitkan: Isnin, 4 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas presiden Gerakan Tun Dr Lim Keng Yaik hari ini mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan penasihat parti itu kerana kecewa dengan kepimpinan presiden sekarang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dr Lim, yang menyerahkan kepimpinan parti itu kepada Koh pada April 2007, berkata beliau tidak berpuas hati dengan penggantinnya itu yang gagal mengambil tindakan proaktif dalam menyelesaikan banyak isu melibatkan Gerakan walaupun telah diberi pelbagai nasihat.

"Apakah hala tuju parti? Mungkin pengunduran saya ini akan menyedarkan beliau. Apa gunanya memberi nasihat kepada seseorang yang enggan mendengar," katanya kepada pemberita.

Lim berkata sikap Koh yang mahu menjauhi diri daripada masalah telah menyebabkan timbulnya kemelut dalam Gerakan.

Katanya sebagai presiden, Koh perlu memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah.

Lim menjelaskan bahawa beliau membuat keputusan untuk berundur selepas membaca laporan akhbar bahawa Koh enggan menghadiri mesyuarat agung luar biasa Gerakan Pulau Pinang bagi menyelesaikan isu melibatkan parti di negeri itu, sebaliknya memilih untuk hadir mesyuarat agung MCA pada 10 Okt ini.

"Di manakah letaknya keutamaan beliau," katanya.

Lim berkata bahawa setelah menjadi anggota Gerakan selama 36 tahun, beliau amat sedih melihat masalah kepimpinan yang melanda parti itu di Pulau Pinang.

Beberapa anggota Gerakan di Pulau Pinang mahu supaya pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nam digantikan.

"Inilah punca kepada kemelut dalam parti. Ada satu atau dua pimpinan yang cuba mengukur sokongan kepada mereka," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan