Isu BTN: Hamim Buat Laporan Polis Terhadap 'Malaysian Insider'

Diterbitkan: Isnin, 4 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin, hari ini membuat laporan polis terhadap laman portal berita 'The Malaysian Insider' dan wartawannya dipercayai berhubung laporan berita yang mendakwa beliau telah membuat kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.

Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Daerah Sentul di sini pada pukul 12.30 tengah Isnin, Hamim enggan mengulas mengenai kandungan laporan itu.

Sebelum ini, laman portal berita itu melaporkan bahawa pegawai kanan BTN itu telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada sesi tertutup dengan Pergerakan Puteri UMNO pada 27 Sept lalu.

Berikutan laporan itu, Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum tindakan susulan diambil. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan