Galas: Wanita UMNO Tunggu Tengku Razaleigh Tentukan Program

Diterbitkan: Isnin, 4 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita UMNO akan mendapatkan pandangan dan nasihat anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum menentukan sebarang program untuk dijalankan menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, kata ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Sebenarnya, persiapan Wanita UMNO berjalan dengan begitu baik dan Wanita memang aktif di Gua Musang. Kita juga sedang menunggu Yang Mulia Tengku Razaleigh balik dari luar negara di mana selepas itu Wanita Umno akan adakan mesyuarat dengan beliau untuk tentukan program-program yang akan dijalankan," katanya.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata dengan persediaan yang telah diatur serta kerjasama semua pihak, selain penglibatan terus Tengku Razaleigh, Wanita Umno yakin kerusi Galas mampu dirampas kembali.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan maklum balas awal iaitu kebanyakan pengundi kecewa dengan kepimpinan PAS, bukan hanya di Galas tetapi di Kelantan secara keseluruhannya.

Katanya, pengundi Galas juga mula sedar tanpa program dan bantuan Kerajaan Persekutuan, rakyat di Kelantan akan terus ketinggalan tanpa sebarang pembelaan.

"Mereka rasa sekian lama PAS memerintah di Kelantan tetapi tidak ada langsung pembangunan dan perubahan yang dibuat, malah, kalau rakyat Kelantan tidak mendapat bantuan dari Kerajaan Persekutuan, paras kemiskinan di negeri itu akan menjadi lebih tinggi," katanya.

Terdahulu, Shahrizat merasmikan sambutan Hari Keluarga Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Wilayah Persekutuan serta pelancaran Pusat Keluarga Bergerak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 1Malaysia di Taman Fadason, Kepong di sini.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan kunci bas, sebagai simbolik penyerahan lima kenderaan berkenaan yang diubahsuai menjadi klinik, kepada Pengarah LPPKN Kedah, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak, untuk dijadikan Pusat Keluarga Bergerak LPPKN 1Malaysia.

Katanya, bas bergerak itu akan menawarkan perkhidmatan seperti pemeriksaan payudara, merancang keluarga dan ujian pap smear untuk penduduk di kawasan pedalaman dan setinggan, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

"Ini adalah program untuk membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah dalam negara. Sebab itu kalau kita cakap isu kemiskinan, ia bukan saja mengenai ekonomi, pendidikan dan sebagainya tetapi aspek kesihatan juga tidak boleh diabaikan," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan