Buku Teks Sekolah Dihantar Disember - DBP

Diterbitkan: Isnin, 4 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini memberi jaminan kesemua buku teks bagi sesi persekolahan 2011, termasuk cetakan baru mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu, akan dihantar ke semua sekolah selewat-lewatnya Disember ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata pihaknya kini dalam proses mencetak kumpulan terakhir buku teks yang melibatkan buku Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani bagi kegunaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

"Kesemua buku-buku yang sedang dicetak ini adalah buku yang menggunakan sukatan pelajaran baru...buku-buku lain telahpun siap dicetak, dan ada di antaranya telahpun dihantar ke sekolah untuk kegunaan penggal pertama tahun 2011.

"Kesemua (buku teks) yang dihantar tersebut adalah jumlah yang telah dipesan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan akhir pelancaran Bulan Bahasa peringkat kebangsaan di Stadium Indera Mulia di sini.

Beliau juga meminta JPN mengeluarkan pesanan baru secepat mungkin sekiranya terdapat pertambahan murid, atau kesilapan semasa membuat pesanan bagi membolehkan DBP membuat penghantaran sebelum hujung tahun.

Termuzi berkata bagi mengelak kekurangan buku teks di sekolah, DBP telah mengambil inisiatif membuat cetakan lebih antara tiga hingga lima peratus bagi setiap pesanan yang dibuat.

"Bagi memastikan buku-buku ini siap lebih awal, pihak DBP telah mengambil inisiatif mempercepatkan proses cetakan...sebagai contoh, buku yang diberi masa selama lapan bulan, telahpn siap dicetak dan kini telahpun berada di sekolah.

"Dalam keadaan biasa, semua tempahan cetakan akan dilaksanakan dalam tempoh 18 bulan, dan kita hanya diperuntukkan selama lapan bulan," katanya.

Beliau berkata semua buku Sains dan Matematik baru itu dicetak berdasarkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

Katanya, DBP menerima tempahan lebih 6.4 juta naskhah buku baru bagi kedua-dua mata pelajaran, dan sebahagian besar telahpun siap dicetak. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan