Azmin Ali Kekal Jawatan Ketua Bahagian Gombak PKR

Diterbitkan: Isnin, 4 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengekalkan jawatan Ketua cabang Gombak, mengalahkan pesaingnya Bakar Ninggal dengan majoriti 264.

Pada pertandingan satu lawan satu itu, Azmin menewaskan pencabarnya Abu Bakar Ninggal yang hanya memperolehi 60 undi.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari turut berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Ketua Cabang Gombak dengan menang majoriti 262 menewaskan lawannya Jamaludin yang memperolhei 65 undi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Kim Sin masing-masing menang jawatan Ketua Bahagian Selayang dan Hulu Langat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan