Polis Masih Lakukan Kawalan Rutin Di Ladang Gadong

Diterbitkan: Ahad, 3 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LANGAT: Polis masih melakukan kawalan rutin di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supritendan Nordin Manan berkata kawalan di ladang itu adalah prosedur biasa kerana siasatan masih dijalankan dan lokasi berkenaan masih di bawah kawalan polis.

"Polis masih ditempatkan untuk mengawal kawasan ladang itu kerana siasatan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tinjauan Bernama di ladang berkenaan mendapati suasana di kawasan itu kini sunyi tanpa sebarang kenderaan di bahu jalan serta laluan sepanjang 600 meter menuju ke ladang itu.

Sebuah kenderaan MPV polis kelihatan di dalam kawasan ladang berkenaan. Bagaimanapun kini, tiada lagi sekatan di laluan utama berhadapan dengan kuil seperti yang dilakukan sebelum ini.

Sementara itu, kenderaan forensik dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat kira-kira pukul 1.30 petang ini sebelum keluar semula sejam kemudian.

Ladang Gadong yang majoriti kawasannya ditanam dengan kelapa sawit selain beberapa perusahaan buah-buahan seperti longan dan tanaman sayuran mula menjadi tumpuan selepas satu daripada lot ladang di kawasan itu disyaki sebagai lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mereka kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan ladang berkenaan.

Suspek utama kes turut dikaitkan dengan kes kehilangan beberapa individu lain termasuk seorang ahli perniagaan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, dan seorang kontraktor Shafik Abdullah, 37, dari Kedah serta seorang rakannya.

Muthuraja dilapor hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Januari lepas manakala Shafik serta rakannya dilapor hilang sejak lima bulan lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan