Pengamal Seni Silat Gayong Barisan Ketiga Pertahanan Negara, Kata Najib

Diterbitkan: Ahad, 3 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengamal dan ahli silat seni gayong boleh dianggap sebagai barisan ketiga pertahanan negara yang sanggup berkorban dan menyumbang untuk mempertahankan kedaulatan negara jika diserang musuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan barisan pertama pertahanan negara manakala Askar Wataniah merupakan barisan kedua.

"Hari ini saya melihat anak-anak muda di hadapan saya seolah-olah saya berhadapan dengan sebuah angkatan anak-anak Melayu yang sudi menghadapi apa juga yang mungkin mencabar kedaulatan (negara).

"Saya anggap seni silat gayong sebagai satu daripada angkatan yang penting dalam struktur pertahanan negara," katanya di Majlis Gayong Perdana dan sambutan Hari Raya Aidilfitri Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya dekat sini.

Justeru, Perdana Menteri menyeru pengamal seni silat gayong dan anak-anak muda yang terlibat dengannya agar cemerlang dalam segala bidang ilmu yang dituntut serta kerja yang dilakukan.

Perdana Menteri berkata, beliau mahukan segala nilai amalan dan pengetahuan berkaitan seni silat seperti silat gayong ini dijadikan wadah dan pemangkin kebangkitan bangsa abad ke-21.

Menurut Perdana Menteri, kejayaan bangsa dalam abad ke-21 ditentukan oleh sejauh mana penguasaan minda terutama dalam gelombang globalisasi ini.

Katanya, abad ke-21 bukannya abad yang mana kekuatan tentera merupakan kuasa yang dapat kekal selama-lamanya.

Perdana Menteri berkata kejayaan sesuatu tamadun itu juga adalah berdasarkan kepada kekuatan minda dan nilai.

"Kita tidak boleh berjaya sebagai sebuah bangsa atau semangat sahaja...kita tidak boleh jadi bangsa yang mulia atas laungan sahaja," katanya.

"Sebab itu kita perlu jadi anak-anak Melayu dalam silat gayong yang cemerlang dalam abad ke-21. Kita jangan jadi pengamal (seni silat) yang tidak tahu hala tuju dan landasan.

"Kita mesti merupakan pengamal silat yang berjaya dalam abad ke-21, kata Najib.

Najib juga berkata, senjata yang paling tajam bukanlah merupakan senjata keris sebaliknya kuasa politik.

"Selagi ada kuasa, InsyaAllah ada esok untuk kita. Jadi rapatkanlah barisan kita. Kita tidak mahu sesiapa memperkotak katik serta memperlekehkan kita...hanya kekuatan hakiki yang dapat menentukan kelangsungan negara kita," kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri juga berkata, satu jawapan kepada penyelesaian masalah sosial yang mengancam kekuatan khususnya di kalangan orang Melayu ialah melalui penyertaan anak-anak Melayu di dalam seni silat gayong ini.

"Kita bangga dengan warisan ini (seni silat gayong)...dunia dan tamadun Melayu adalah tinggi dan kaya dengan nilai-nilai yang diwarisi berkurun," katanya.

Di majlis tersebut, yang dihadiri ribuan pengamal seni silat gayong seluruh negara, Najib dianugerahkan dengan Anugerah Sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi Imam Khalifah Agong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Najib berkata beliau terharu menerima anugerah tersebut yang menurutnya satu penghormatan terbesar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan