Pelantikan Tengku Razaleigh Pengarah Pilihan Raya DUN Galas Tepati Selera Pengundi

Diterbitkan: Ahad, 3 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan menepati selera pengundi di kawasan berkenaan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemilihan Ahli Parlimen Gua Musang itu yang dikenali dengan ketokohan juga bertepatan dengan rekod beliau dalam bidang politik selain keserasiannya dengan pengundi di kawasan tersebut.

Beliau berkata kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan Tengku Razaleigh tidak sesuai dipilih sebagai calon untuk bertanding di kawasan itu kerana beliau adalah anggota Parlimen dan bekas menteri kabinet serta kerabat diraja, adalah tidak berasas sama sekali.

"PAS sepatutnya berpandukan kepada sejarah di mana ramai di kalangan Pakatan Rakyat seperti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohd Nizar Mohamad turut bertanding dan menjadi Adun dan Ahli Parlimen sekaligus," katanya di majlis ramah mesra belia bersama pemimpin di Dataran Laman Kerayong di sini, Ahad.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata provokasi kenyataan Nik Abdul Aziz itu tidak berasas kerana siapa pun boleh bertanding tanpa halangan asalkan seseorang itu dapat diterima pengundi yang memperakui kemampuan calon pilihan mereka.

"Pembangkang perlu melihat diri sendiri terlebih dahulu sebelum menegur kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana dalam banyak isu pembangkang lebih banyak beretorik semata-mata," katanya.

Menurutnya pada pilihan raya kecil itu nanti pengundi di Galas mempunyai peluang cerah untuk membetulkan kesilapan semasa pilihan raya umum ke-12 dengan memilih calon BN yang berwibawa dan mendapat sokongan padu kerajaan pusat.

Beliau memberi jaminan bahawa kawasan itu akan berkembang pesat sekiranya calon BN memenangi kerusi tersebut berikutan banyak kawasan di Kelantan ketinggalan dalam pelbagai bidang berbanding negeri lain.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima, 46 di Kuala Lumpur akibat barah usus pada 27 September lepas.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menetapkan hari penamaan calon dan pembuangan undi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan