Lagu Baru Wilayah Persekutuan Dalam Proses Perkenan Agong

Diterbitkan: Ahad, 3 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertukaran lagu rasmi Wilayah Persekutuan yang diluluskan oleh kabinet, masih dalam proses mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, perkembangan terkini usaha itu akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Ahmad Phesal Talib dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini, Ahad.

Raja Nong Chik dalam laporan akhbar sebelum ini pernah memaklumkan bahawa lirik lagu baru Wilayah Persekutuan, yang temponya lebih rancak berbanding sekarang, akan lebih sejajar dengan semangat 1Malaysia.

Mengikut perancangan, melodi dan lirik lagu Wilayah Persekutuan sedia ada iaitu "Maju dan Sejahtera" akan digantikan sebelum sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun depan.

Usaha kementerian itu, mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak termasuk anggota parlimen kerajaan dan pembangkang.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Raja Nong Chik berkata pembinaan anjung niaga itu melambangkan kejayaan permuafakatan di kalangan penduduk dan sewajarnya dicontohi masyarakat.

Anjung Niaga At-Taqwa adalah sebuah kompleks dua tingkat berharga RM690,000, terdiri 10 buah unit ruang kedai dan pejabat, yang dibiayai sepenuhnya daripada kutipan derma 'Amal Jariah' di kalangan penduduk. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan