Khalid Tolak Usul Tanding Timbalan Presiden PKR

Diterbitkan: Ahad, 3 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada mesyuarat agung dan pemilihan cabang PKR Kuala Selangor, Ahad.

Dalam mesyuarat itu nama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut dicalonkan untuk jawatan itu.

Pada sidang media selepas mesyuarat itu, Abdul Khalid berkata beliau merasakan Wan Azizah lebih lama di dalam parti dan lebih berpengalaman daripada beliau.

Berikutan penolakan itu, mesyuarat tersebut akhirnya hanya mencalonkan Wan Azizah bagi jawatan Timbalan Presiden.

Abdul Khalid yang juga layak bertanding jawatan Naib Presiden berkata beliau akan memutuskan pada 5 Oktober sama ada bertanding bagi jawatan itu.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak ramai ahli dari Bandar Tun Razak yang hadir pada pemilihan cabang Kuala Selangor, Abdul Khalid yang juga anggota parlimen Bandar Tun Razak berkata mereka datang pada pemilihan ini secara sukarela untuk mengagih-agihkan makanan kepada para petugas parti.

Beliau menafikan kehadiran mereka ini sebagai pengundi hantu pada pemilihan tersebut. Berikut pencalonan dibuat cabang Kuala Selangor hari ini bagi pimpinan pusat PKR:

Bagi jawatan presiden, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan presiden, Dr Wan Azizah; lima jawatan naib presiden, Mohamed Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub (kedua-duanya penyandang jawatan), serta Abdul Khalid dan Suresh Kumar, seorang pemimpin PKR cabang Puchong.

Pada pemilihan bagi ketua PKR Cabang Kuala Selangor kali ini, Abdul Khalid selaku penyandang ditentang oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang itu, Mazli Saring selain seorang ahli biasa juga bekas guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah.

Lebih 6,000 ahli PKR cabang itu layak mengundi pada kali ini.

Sementara itu, Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Tanjong Karang hari ini mencalonkan Dr Wan Azizah untuk mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan parti November ini.

Bagi jawatan timbalan presiden, ia mencalonkan Azmin Ali. Untuk jawatan Naib Presiden ia mencalonkan ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar; Ketua Cabang Tanjong Karang Yahya Sahri; dan R.Suresh Kumar, bekas Timbalan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Pemilihan PKR bagi cabang Tanjong Karang hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden kekecohan dan pergaduhan seperti mana yang berlaku di Sabak Bernam semalam.

Proses pemilihan peringkat cabang itu diadakan kira-kira pukul 10 pagi dan selesai pada pukul 5.40 petang.

Bagaimanapun, mesyuarat agung tahunan cabang PKR kawasan itu hanya dihadiri kira-kira 80 ahli daripada 2,435 ahli parti.

Dalam pada itu, PKR Cabang Selayang mahu Dr Wan Azizah dikekalkan sebagai Presiden parti dan mencalonkan Naib Presiden parti, Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden.

Pengerusi Tetapnya, Mohd Rozi Othman berkata, majoriti ahli yang hadir pada mesyuarat berkenaan bersetuju bahawa Azmin adalah calon yang layak bagi menyandang kerusi itu.

"Bagi jawatan timbalan presiden, ada dua, tiga nama yang disebutkan oleh ahli yang hadir namun Azmin dilihat mendapat suara majoriti," katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Cabang di Kuala Lumpur.

Cabang itu turut mencalonkan ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; anggota Parlimen Gopeng, Dr Lim Boon Chye; anggota Majlis Pimpinan Pusat, Mohd Yahya Mat Sahri; dan anggota Parlimen Batu, Tian Chua sebagai calon naib presiden.

Jawatan Ketua Cabang menyaksikan pertembungan antara ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dengan Timbalan Ketua Cabang, Datuk Mazlan Hassan ekoran penyandang jawatan, Abdul Rahim Abdul Wahab mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan itu.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang, berlaku pertandingan tiga penjuru antara Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor, Tengku Maraziah Tengku Sulaiman dengan Md Sabri Md Taib dan B.Rajandran.

Tengku Maraziah sebelum ini menyandang jawatan Naib Ketua Cabang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan