Kekecohan Semasa Pemilihan Pengajaran Kepada Pengurusan Pemilihan PKR

Diterbitkan: Ahad, 3 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Walaupun kecewa dengan insiden pergaduhan yang berlaku semasa proses pengiraan undi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sabak Bernam Sabtu malam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan ia sebagai pengajaran berguna dalam menguruskan pemilihan parti pada masa akan datang.

Beliau berkata anggota parti mesti matang untuk menerima keputusan pemilihan sama ada kalah atau menang dan ia ditentukan menerusi kertas undi.

"Dalam kempen juga, ia mesti dilakukan dengan tertib, tidak boleh mencerca lawan sebaliknya berbincang bagaimana calon boleh meningkatkan prestasi parti. Saya percaya kalau ini dilakukan sudah tentu rakyat memberi kepercayaan kepada parti untuk menerajui mana-mana negeri atau negara," katanya yang ditemui ketika meninjau proses pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor di Stadium Tertutup, di sini Ahad.

Setakat pukul 12.30 tengah hari proses pemilihan masih berjalan dalam keadaan aman dan lancar.

Ditanya kekecohan terbaru pada pemilihan PKR Cabang Sabak Bernam, Abdul Khalid yang mempertahankan jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor enggan mengulas kerana ia adalah tanggung jawab Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

"JPP telah dilantik untuk membuat laporan dan mencadangkan apa-apa keputusan yang boleh diambil untuk menyelesaikan perkara ini. Ia kemudian tertakluk kepada Jawatankuasa Politik Pusat untuk pelaksanaan seterusnya," katanya.

Mengenai pencalonan di peringkat Majlis Pimpinan PKR Pusat (MPP) Ahad depan dan diikuti kempen untuk menentukan pemilihan pemimpin tertinggi parti selepas itu, Abdul Khalid berharap pemilihan dilakukan secara tertib dan kemas sebagai contoh kepada masyarakat bahawa PKR dapat memilih pemimpin yang akan ditentukan oleh 400,000 anggota parti.

Beliau berkata Selangor adalah kawasan terpenting dalam pemilihan MPP kerana ia mempunyai 100,000 orang keanggotaan.

"Ini bermakna lebih 25 peratus daripada pengundi adalah di Selangor dan sudah tentu mempunyai kuasa pemilihan yang besar berbanding 12 kawasan lain. Jadi, sudah tentu kita akan menghadapi satu kempen yang hebat di Selangor," katanya.

Pada pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor kali ini, Abdul Khalid dijangka ditentang dua bekas pemimpin PKR cabang iaitu bekas Ketua AMK, Mazli Saring dan bekas Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, selain seorang anggota biasa bekas guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah.

Seramai 6,123 ahli PKR Cabang Kuala Selangor layak mengundi pada kali ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan