Jabatan Kesihatan Kedah Syaratkan Khidmat Cemerlang Untuk Staf Tidak Merokok

Diterbitkan: Ahad, 3 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Bermula tahun ini, Jabatan Kesihatan Kedah menetapkan hanya warga kerja yang tidak merokok akan dipertimbangkan untuk Anugerah Khidmat Cemerlang.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Marzukhi Md Isa berkata langkah itu diambil bagi membasmi tabiat merokok di kalangan warga kerja jabatan itu.

"Kita tidak mahu perokok menjadi idola masyarakat. Kita tidak mahu doktor yang sentiasa mengingatkan pesakit tentang bahaya merokok adalah seorang perokok.

"Jadi kita mengambil inisiatif ini supaya mereka (kakitangan kesihatan) mengurangkan pengambilan rokok dan sekaligus berhenti merokok," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia peringkat negeri di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Ahad.

Katanya, tabiat merokok tidak baik untuk kesihatan yang merupakan punca kepada pelbagai penyakit termasuk sakit jantung.

Dr Marzukhi berkata kini terdapat 13,000 kakitangan di Jabatan Kesihatan Kedah dan daripada jumlah itu, 30 peratus adalah perokok.

"Sejak kita perkenalkan syarat baru untuk anugerah ini, saya dapati sudah ada kakitangan kita yang berhenti merokok dan ada juga yang sudah kurang merokok," katanya.

Mengenai penutupan lima pusat rekreasi akibat jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis, Dr Marzukhi berkata semua pusat rekreasi iaitu Puncak Janing di Kuala Nerang, Lata Bayu (Baling), Bukit Wang (Kubang Pasu), Bukit Perak dan kawasan tasik Pendang Lake Resort (Pendang) masih ditutup dan dipantau.

"Bagi Pendang Lake Resort, kita hanya tutup kasawasan tasik sahaja. Semua aktiviti yang tidak melibatkan kawasan tasik, dibenarkan," katanya.

Beliau berkata tiada kes baru dilaporkan di kelima-lima pusat rekreasi itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan