Galas: Pemuda Umno Pastikan Lebih 1,000 Anggotanya Balik Mengundi

Diterbitkan: Ahad, 3 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIT: Pergerakan Pemuda Umno akan memastikan lebih 1,000 anggotanya yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil DUN itu nanti.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno Hisamudin Yahya berkata sekiranya semua anggotanya yang berada di luar Galas terutama di ibu negara dapat pulang mengundi, peluang calon Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya kecil itu cerah.

"Pada pilihan raya umum yang lepas, kerusi DUN Galas dimenangi calon PAS dengan majoriti undi sebanyak 646 undi sahaja.

"Mereka (PAS) hanya menang dengan jumlah undi yang cukup kecil sahaja dan sekiranya kita mampu memastikan kepulangan pengundi luar khasnya di kalangan Pemuda, pasti kerusi DUN Galas akan dapat dirampas kembali," katanya kepada pemberita selepas program ziarah Pemuda Umno bersama-sama penghuni Rumah Amal Nur Kasih Bestari di Bota Kanan di sini, Ahad.

Beliau berkata Pemuda Umno Bahagian Gua Musang telah diminta menyerahkan senarai nama anggota Pemuda yang berada di luar Galas terutama ibu negara untuk dikesan dan dihubungi oleh pihak biro. "Selain memastikan mereka (anggota) dapat pulang untuk mengundi, seperti biasa kita juga akan menghantar sekumpulan petugas untuk membantu jentera pilihan raya di DUN Galas," katanya.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah usus.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menetapkan hari penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan