Cuepacs Mohon Bonus Bagi Penjawat Awam Termasuk JUSA

Diterbitkan: Ahad, 3 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menimbang pemberian bonus kepada 1.2 juta penjawat awam termasuk kakitangan dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), tahun ini.

Presidennya Omar Osman berkata pertimbangan itu perlu dibuat berikutan sebelum ini sudah dua kali hanya penjawat awam dari gred satu hingga 54 sahaja yang menikmati pemberian bonus itu.

"Kami harap kerajaan akan beri perhatian kepada perkara ini dalam memastikan keseluruhan 1.2 penjawat awam dapat menikmati pemberian bonus," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan di sini, Ahad.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu.

Omar berkata pihaknya yakin kerajaan akan menimbangkan permohonan bonus itu bagi meringankan beban rakyat.

"Permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat beberapa bulan lalu, bagi memohon bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam," katanya.

Omar berkata setakat ini, tiada maklum balas yang diterima daripada kerajaan berhubung perkara itu.

Keputusan mengenai pemberian bonus biasanya diumumkan semasa Perdana Menteri membentang bajet setiap tahun, dan tahun ini pembentangan bajet dijadualkan pada 15 Oktober ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan