Shabery Dan Richard Lawat Pelajar Malaysia Cedera Kebakaran di Moscow

Diterbitkan: Sabtu, 2 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot melawat dua pelajar Malaysia yang cedera akibat kebakaran dan sedang dirawat di European Medical Center di sini.

Shabery dan Richard, yang dalam rangka lawatan ke Moscow meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama kedua-dua pelajar berkenaan selain mendapat taklimat daripada doktor yang merawat kedua-dua mereka.

Pelajar berkenaan Rinusha Manogaran, pelajar tahun tiga Russian State Medical University (RSMU) ditemani ibunya manakala Blanche Banevinsol pelajar tahun dua universiti yang sama ditemani ibu dan bapanya.

Kedua-dua pelajar berkenaan telah dirawat di hospital berkenaan sejak 12 September lalu selepas kejadian kebakaran di kediaman pelajar berkenaan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan