Konsensus Bebas Puji Langkah Kurang Caj Pentadbiran PTPTN

Diterbitkan: Sabtu, 2 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsensus Bebas pada Jumaat memuji langkah Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberi pengurangan caj pentadbiran dan penukaran status pinjaman kepada peminjamnya.

Konsensus, yang diwakili lima wakil rakyat Bebas itu, dalam satu kenyataan di sini berkata ia membuktikan bahawa kementerian dan PTPTN telah mula memberikan perhatian serius kepada isu berkaitan perbadanan itu yang telah dibangkitkan sekian lama.

"Walaupun Konsensus Bebas berpendirian sistem PTPTN hendaklah dihapuskan dan digantikan dengan biasiswa atau dermasiswa, namun usaha pihak PTPTN ini adalah langkah awal yang baik dan menguntungkan pelajar," katanya.

Konsensus itu terdiri daripada anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Bharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kira-kira 800,000 peminjam PTPTN yang mempunyai baki pinjaman selepas 1 Jun 2008 dan masih membayar caj pentadbiran tiga peratus akan ditawarkan pembiayaan pendidikan berlandaskan syariah berkonsepkan Ujrah satu peratus.

Bagaimanapun, tawaran itu tidak termasuk peminjam yang tamat tempoh jadual bayaran balik sebelum 1 Jun 2008 dan peminjam yang dikenakan tindakan saman.

Sementara itu, seramai 2,162 penerima pembiayaan PTPTN di semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang mendapat Ijazah Kelas Pertama dari Januari hingga Julai 2010 ditukar menjadi biasiswa dengan anggaran pembiayaan berjumlah RM59.70 juta.

Mengenai kelonggaran kepada peminjam tegar yang dilarang ke luar negara pula, konsensus itu meminta supaya semua peminjam menghargai toleransi pihak kementerian dan PTPTN dengan membuat pembayaran secara berdisiplin.

Sebelum ini, mana-mana peminjam tegar yang gagal melunaskan pinjaman PTPT Nsejak lebih lima tahun lepas dikenakan tindakan dilarang ke luar negara.

Bagaimanapun, mereka diminta berunding dengan pihak PTPTN dalam tempoh tujuh hari bekerja sebelum hari penerbangan mereka ke luar negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan