Anggota MIC Dinasihat Tumpu Pada Pilihan Raya Umum Ke-13

Diterbitkan: Sabtu, 2 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Anggota dan pemimipin MIC diminta bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan kejayaan parti itu dan mengenepikan isu-isu lain, kata Naib Presiden parti, Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, yang mustahak adalah bagi semua anggota dan pemimpin memberi tumpuan pada pilihan raya umum akan datang untuk merebut semula kerusi yang MIC tewas pada pilihan raya umum lepas.

"Sekiranya pada pilihan raya umum akan datang, jika MIC tidak berjaya merebut kerusi yang kita hilang ataupun kalah pada pilihan raya umum 2008 maka ini akan menjadi masalah kepada kita (MIC)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Bola Keranjang bagi pelajar India di SRJK Cina Notre Dame di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, keputusan Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, 74, untuk meletakkan jawatan sebagai presiden pada Januari depan setelah 31 tahun memimpin parti itu, adalah berdasarkan keputusan beliau Vellu sendiri dan bukan atas desakan pihak lain sebagaimana yang didakwa.

"Ini satu kehilangan kepada parti kerana beliau (Samy) mempunyai pengalaman yang banyak dan telah berjaya menyatupadukan parti ini.

"Pada satu ketika, apa yang berlaku di MIC seperti apa yang berlaku di Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang, orang gaduh dan tumbuk (semasa mesyuarat)," katanya.

Menurut Dr Subramaniam, Samy Vellu telah mengenakan disiplin kepada parti sehingga semua mesyuarat berlangsung degan licin selepas beliau menjadi presiden.

"Oleh itu, kita berharap Samy Vellu sebagai penasihat kepada pimpinan baru selepas beliau bersara kelak," katanya.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas di Gua Musang, Kelantan, MIC akan membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam memberikan sokongan kepada calon yang dipilih.

"Walaupun, hanya kira-kira 100 pengundi masyarakat India di Galas, (daripada keseluruhan 10,330 pengundi), kita akan temui kesemua mereka untuk menyokong BN," katanya.

Mengenai klinik bola keranjang itu yang dihadiri oleh 126 pelajar dari SRJK Tamil, beliau berharap klinik tersebut akan melahirkan pemain bola keranjang berpotensi kerana tumpuan pada masa kini lebih kepada sukan olahraga, bola sepak dan badminton oleh pelajar berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan