Warga Emas Kesal Anggota Exco P.Pinang Tuduh Mereka Sandiwara

Diterbitkan: Jumaat, 1 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Sekumpulan warga emas, Jumaat melahirkan rasa kesal terhadap seorang anggota exco kerajaan Pulau Pinang yang menuduh mereka bersandiwara dan dipaksa oleh pihak tertentu untuk memulangkan balik wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan negeri yang dilaporkan adalah daripada dana perjudian.

Imam Masjid Pulau Mertajam Saidin Chik, 72, berkata beliau kecewa dengan tuduhan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim yang mendakwa beliau dan rakan-rakanya berlakon menangis pada hari penyerahan wang ehsan berkenaan.

"Tidak patut dia bercakap begitu kerana kami memang tak berlakon atau bersandiwara dan air mata yang keluar itu adalah perasaan yang lahir dari hati yang sangat sedih.

"Air mata itu juga menunjukkan perasaan gembira dan puas kerana dapat memulangkan semula wang yang dikatakan daripada sumber haram," katanya kepada pemberita Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Abdul Malik semalam yang menuduh sekumpulan 40 warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara.

Saidin, yang telah berkhidmat sebagai imam sejak 17 tahun lepas di masjid berkenaan, turut menafikan dakwaan kononnya kumpulan warga emas terbabit memulangkan wang ehsan itu kerana dipengaruhi pihak tertentu.

"Kami tidak dipengaruhi oleh Umno atau sesiapa dan saya sebagai seorang imam tidak akan bercakap bohong. Abdul Malik yang juga seorang exco agama tidak patut menuduh tanpa usul periksa," katanya.

Md Saat Md Safar, 70, yang turut memulangkan duit berkenaan pada satu majlis yang turut dihadiri setiausaha mno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada Rabu lepas, berkata beliau berbuat demikian atas kerelaan hati dan tidak pernah dipaksa sesiapa.

"Kenapa tuduh kami dipaksa, apa yang saya dan rakan-rakan lain buat itu adalah kerelaan hati selepas tahu wang itu dari sumber haram. Sebelum ini tidak tahu tetapi selepas tahu ia haram kami pulangkan semula," katanya.

Azhar pula berkata beliau sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang memanipulasi isu berkenaan dan menuduh Umno memaksa warga emas memulangkan semula wang terbabit.

"Itu semua (sebak dan menangis) bukan lakonan dan Umno sendiri tidak pernah paksa mereka untuk pulangkan wang, kalau tidak mahu pulangkan itu hak mereka.

"Mereka yang pulangkan wang itu juga fikir soal agama serta akidah kerana bab agama bukan boleh buat main-main," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan