Umno Tidak Terlibat Dalam Kekecohan Mesyuarat Cabang PKR - Mustafa Kamil

Diterbitkan: Jumaat, 1 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustafa Kamil Ayub pada Jumaat menafikan dakwaan setiausaha agung parti itu Saifuddin Nasution, bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) terlibat mendalangi kekecohan yang berlaku dalam beberapa mesyuarat cabang PKR.

Beliau berkata pemimpin dan anggota PKR sedia maklum bahawa sistem satu anggota satu undi yang diperkenalkan untuk pemilihan parti itu mempunyai kekurangan dan perlu dibaiki.

"Saya kurang bersetuju (dengan dakwaan itu). Bagi saya, apabila wartawan ajukan soalan ini, saya kata ini proses kali pertama kita menggunakan pendekatan satu anggota satu undi, dan rekod telah membuktikan daripada 180 cabang yang telah mengadakan mesyuarat, hanya tujuh cabang yang ada masalah.

"Sedikit kelemahan mesti diperbaiki, kita telah bincang dan memang ada ruang untuk kita baiki, tetapi saya tidak cenderung untuk menyalahkan Umno dan Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Mustafa Kamil turut mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti tersebut bulan depan.

Beliau menyifatkan dakwaan Umno menjadi dalang insiden kekecohan pada pemilihan cabang parti itu sebagai tidak berasas, malah katanya, PKR sepatutnya bertanggungjawab ke atas masalah tersebut, dan bukannya menuding jari kepada orang lain.

Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Saifuddin supaya mendedahkan identiti mereka yang didakwa menjadi "ejen Barisan Nasional" di dalam parti pembangkang itu Mengenai keputusannya bertanding jawatan kedua tertinggi dalam PKR itu, Mustafa Kamil berkata ia diputuskan atas kepercayaan meneruskan kesinambungan perjuangan yang bermula sejak 12 tahun lalu, dan menjadikan parti itu sebagai parti masa depan rakyat Malaysia.

Keputusan beliau menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mustafa Kamil, naib presiden parti Azmin Ali dan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim.

Mustafa Kamil berkata walaupun kedua-dua lawannya mempunyai kehebatan tersendiri, beliau akan terus komited dengan hasratnya untuk bertanding, malah bertegas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, sekiranya ada cubaan untuk memujuknya menarik diri.

Beliau berkata tinjauan ke peringkat akar umbi dan maklum balas yang diterimanya menunjukkan kejutan boleh berlaku ke atas dua calon pilihan tersebut.

"Keputusan saya muktamad...saya tidak akan menarik diri sehingga hari pemilihan, dan jika tewas, kita akan bawakan khidmat dalam bentu lain.

"Tak perlulah saya menyaingi kenyataan Azmin dan Zaid dalam soal ini. Walaupun saya faham saya calon 'underdog', saya bukan ahli yang berhormat, bukan senator, bukan juga bekas menteri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan