Tengku Temenggong Kecewa Gelarannya Ditarik Balik

Diterbitkan: Jumaat, 1 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Tengku Muhammad Fakhry Petra berkata beliau kecewa dengan tindakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V melucutkan gelaran Temenggong dan semua anugerah yang diberikan kepadanya sebelum ini.

Katanya beliau menerima nota daripada Setiausaha Kerajaan Datuk Mohd Aiseri Alias semalam yang memaklumkan mengenai keputusan Sultan Kelantan itu.

"Saya kecewa tetapi tidak terkejut kerana baginda dilihat sebagai wajar untuk mengambil tindakan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sultan Muhammad ke-V turut menarik balik Darjah Kerabat Yang Dihormati (DK) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi) yang sebelum ini dianugerahkan kepada adinda ketiga baginda itu.

Beliau mendakwa kekandanya tidak mempunyai kuasa untuk menarik balik gelaran dan anugerah itu kerana berpendapat ayahandanya Tuanku Ismail Petra masih sebagai Sultan Kelantan.

Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar pada 13 Sept lepas.

Bulan lepas, bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra, memfailkan petisyen di pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah berkenaan bahawa pemasyhuran anakanda sulung baginda itu tidak mengikut perlembagaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan