Rumah Terbengkalai: Lebih Seribu Syarikat Disenaraihitam

Diterbitkan: Jumaat, 1 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sehingga kini telah menyenaraihitamkan 1,049 syarikat dan 3,782 ahli lembaga pengarah syarikat pemaju perumahan.

Menterinya Datuk Chor Chee Heung berkata tindakan itu dibuat ekoran pelbagai kesalahan membabitkan projek perumahan terbengkalai.

Sehubungan itu katanya KPKT akan mengenakan syarat yang lebih ketat sebelum lesen dikeluarkan kepada syarikat berkenaan.

"Walaupun kita lihat harga tanah dan rumah sedang melambung, namun masih ramai yang ingin menjadi pemaju perumahan. Oleh itu kita akan lebih berhati-hati dalam pengeluaran lesen kepada syarikat pemaju," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pemulihan projek perumahan Taman Anggerik, Teluk Kemang dekat sini, Jumaat.

Terdahulu dalam ucapannya Chor berkata walaupun pihaknya menghadapi banyak kekangan, namun dalam tempoh lebih setahun sehingga 31 Ogos lepas, KPKT berjaya menyiapkan dan menyelesaikan 49 projek perumahan di seluruh negara dari 151 projek perumahan yang telah diisytiharkan terbengkalai.

Katanya sebanyak 56 projek lagi sedang dipulihkan manakala baki 46 projek lagi dalam perancangan untuk dipulihkan.

Di Negeri Sembilan, katanya mengikut rekod KPKT sehingga 31 Ogos lepas terdapat 20 projek perumahan swasta yang telah diisytiharkan terbengkalai.

Daripada jumlah itu, lima projek telah selesai dipulihkan manakala lima projek sedang dalam proses pemulihan termasuk projek Taman Anggerik dan baki sepuluh lagi masih di peringkat perancangan untuk dipulihkan.

Mengenai Taman Anggerik, beliau berkata projek taman perumahan itu telah diisytiharkan terbengkalai sejak tahun 2005 yang melibatkan 40 unit rumah teres dengan 40 pembeli.

"Dengan usaha dan kerjasama semua pihak, projek ini akan mula dipulihkan dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh enam bulan. Selain daripada bantuan kewangan kerajaan, pemulihan projek ini juga bergantung kepada sumber kewangan dalaman projek melalui hasil jualan unit-unit yang dibina," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan