Penutupan Stesen Tanjong Pagar Tidak Jejas Pelancongan Kereta Api

Diterbitkan: Jumaat, 1 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Produk pelancongan kereta api Malaysia tidak akan terjejas dengan penutupan Stesen Keretapi Tanjong Pagar dan perpindahan ke lokasi baru di Woodlands di sini pada Julai tahun depan, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata, ia juga tidak akan menjejaskan produk pelancongan itu apabila Stesen Woodlands akan berpindah ke JB Sentral di Johor Bahru menjelang 2018.

"Saya berpendapat, perpindahan dari stesen ke stesen tidak penting kerana ia masih dalam kawasan Singapura," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran Pelancongan Keret Api Malaysia di Stesen Keretapi Tanjong Pagar dekat sini, Jumaat.

Pelancongan Kereta Api Malaysia merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi mempromosikan homestay atau inap desa.

Sebanyak 21 inap desa ditawarkan di seluruh Malaysia dengan pengalaman menaiki kereta api.

Berhubung perpindahan Stesen Woodlands ke JB Sentral pada 2018, Yen Yen berkata, kaji semula akan dilakukan terhadap program khususnya yang melibatkan pakej.

"Saya percaya pada masa itu homestay sudah menjadi budaya bagi masyarakat Singapura," katanya.

Seramai 108,798 pelancong menyertai program inap desa bagi tempoh antara Januari dan Julai tahun ini.

Industri inap desa mencatatkan pendapatan sejumlah RM6.2 juta bagi tempoh yang sama.

Yen Yen berkata, Singapura mencatatkan jumlah pelancong inap desa tertinggi iaitu 16,356 orang.

"Dengan pelancaran ini, dijangkakan pertambahan 25,000 pelancong Singapura menyertai program inap desa menjelang akhir tahun," katanya.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Ahmad Faisal Muhammad.

Turut bersama ialah 103 peserta dari Singapura yang mengikuti Program Pelancongan Kereta Api Malaysia ke tiga inap desa di Kelantan iaitu Seterpa, Pantai Suri dan Kubang Telaga.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan