Pengunduran Samy Vellu: GAS Dibubarkan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gerakan Anti-Samy Vellu atau GAS pada Jumaat dengan rasminya dibubarkan, demikian kata penggerak utamanya, V. Mugilan.

Keputusan tersebut katanya diambil ekorana keputusan Presiden MIC itu untuk melepaskan jawatannya Januari depan.

Kata Mugilan, beliau yakin, Datuk Seri Samy Vellu akan berpegang teguh dengan keputusannya itu.

Jawatan presiden akan dipangku oleh timbalannya sekarang, Datuk G. Palanivel.

“Saya telah lakukan apa yang patut saya lakukan. Kini tidak ada sebab lagi untuk meneruskan GAS lagi,” ujarnya.

Mugilan adalah bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC sebelum dipecat dari parti itu Jun lalu. Beliau kemudiannya melancarkan GAS untuk mendesak Samy Vellu melepaskan jawatannya itu lebih awal daripada tarikh yang dirancang iaitu pada bulan September 2011.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan