Najib Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak Asia-Eropah

Diterbitkan: Jumaat, 1 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels, Belgium selama dua hari yang bermula Isnin ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata Najib akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta para pegawai Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri.

"Penyertaan Malaysia di Sidang Kemuncak ASEM ke-8 ini merupakan suatu peluang di mana pandangan negara dapat disuarakan serta pendirian negara terpelihara, terutamanya bagi isu-isu antarabangsa.

"Ia juga dapat meningkatkan peranan dan komitmen Malaysia yang berterusan terhadap ASEM secara keseluruhan," menurut kenyataan itu.

Bertemakan "Quality of life, achieving greater wellbeing and more dignity for all citizens", atau secara ringkasnya "Quality of Life", sidang kemuncak ini akan membahaskan pelbagai isu yang menjadi perhatian bersama masyarakat Asia dan Eropah.

Antara isu yang dibahaskan ialah pengurusan kewangan dan ekonomi global yang lebih efektif, pembangunan mampan, isu-isu global dan serantau serta hubungan antara masyarakat Eropah dan Asia, keterlihatan serta hala tuju ASEM.

Sepanjang lawatan kerja itu, Najib dijadualkan untuk mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan rakan-rakan sejawat dari Asia dan Eropah untuk membincangkan pelbagai isu yang menjadi perhatian bersama, selain dijadualkan menyampaikan ucapannya semasa perbincangan topik "Financial and Economic Governance" pada Isnin ini.

Beliau juga dijadualkan menyertai para pemimpin ASEM dalam Forum Perniagaan Asia-Eropah yang terdiri daripada ahli perniagaan dan tokoh-tokoh industri ekonomi serta kewangan dari Asia dan Eropah pada 5 Oktober.

Pemimpin-pemimpin ASEM pula dijangka akan memperakui "Chair's Statement" yang bakal memuatkan kenyataan oleh pemimpin-pemimpin ASEM mengenai isu-isu dan cabaran dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Selain itu, mereka juga memperakui Deklarasi Mengenai Krisis Ekonomi Dunia Global yang bertujuan untuk menekankan hasrat pemimpin-pemimpin ASEM bagi menuju ke era pengurusan kewangan dan ekonomi global yang berkesan.

ASEM ditubuhkan pada Mac 1996 dengan Sidang Kemuncak yang pertama dihadiri oleh para pemimpin daripada enam negara anggota ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea serta para pemimpin dari negara anggota Kesatuan Eropah dan Suruhanjaya Eropah (EC).

Sidang Kemuncak ASEM yang Pertama berlangsung di Bangkok, Thailand, dan Sidang Kemuncak ASEM yang ke-7 diadakan di Beijing, China, pada tahun 2008.

Sidang Kemuncak ASEM merupakan satu-satunya wadah di mana dialog dan penglibatan antara para pemimpin Asia dan Eropah berlangsung setiap dua tahun secara bergilir-gilir di antara negara Eropah dan Asia, dan ia juga adalah peringkat pembuat keputusan tertinggi dalam ASEM.

Aktiviti-aktiviti utama ASEM terdiri daripada interaksi dalam tiga bidang utama iaitu dialog politik, kerjasama ekonomi dan kebudayaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan