Lima Suspek Kes Bunuh Datuk Sosilawati Disambung Hingga 8 Okt - Berita Semasa | mStar

Lima Suspek Kes Bunuh Datuk Sosilawati Disambung Hingga 8 Okt

Diterbitkan: Jumaat, 1 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini, Jumaat membenarkan tahanan reman terhadap lima suspek dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya disambung sehingga 8 Okt.

Perintah mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah itu dikeluarkan oleh Majistret Hurman Hussain bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengenai kes kehilangan jutawan warga India Allal Kanthan Muthuraja.

Kelima-lima suspek yang tiba di mahkamah dengan van polis pada pukul 9.30 pagi dikawal ketat oleh anggota polis.

Mereka kemudian meninggalkan mahkamah kira-kira pukul 10.50 pagi.

Ini merupakan kali keempat tahanan reman mereka dilanjutkan.

Sebelum ini kelima-lima suspek telah ditahan reman bermula 12 Sept lepas bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Muthuraja, 34, dilaporkan hilang selepas dipercayai dijemput dua peguam rakyat tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, sejurus tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas.

Isteri mangsa, S. Usharani, 24, membuat laporan mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 Sept lepas dan memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sejak beberapa hari lepas. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan