Tarif Air Tidak Berubah Sehingga Penstrukturan Semula Industri Air Selangor Selesai

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tarif air di Selangor tidak akan berubah sehingga penstrukturan semula industri air di negeri itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata syarikat pengurusan air di negeri itu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak boleh menaikkan tarif air di Selangor walaupun telah dipersetujui Kerajaan Persekutuan.

"Syabas perlu mendapat kebenaran Kerajaan Selangor sebelum menaikkan tarif air, dan saya menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan kenaikan selagi rundingan penstrukturan semula industri air tidak selesai.

"Oleh itu, rakyat Selangor tidak perlu gusar dengan berita berkenaan kenaikan tarif air," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media yang memetik ucapan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui pada sidang kemuncak Air dan Utiliti Negara semalam, bahawa industri air benar-benar memerlukan kenaikan tarif.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor dan dalam semua rundingan keutamaan Selangor adalah kepentingan pengguna, perkhidmatan air yang efisien dengan harga yang berpatutan.

Beliau berkata rundingan penstrukturan semula terbantut kerana ada pihak yang tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Katanya, selain itu ada pihak konsesi yang menuntut pulangan keuntungan melampau sehingga 70 peratus setiap tahun untuk proses pengambilalihan.

"Kerajaan Selangor menegaskan bahawa kajian semula kadar tarif air hanya boleh dibuat selepas proses penyusunan semula industri perkhidmatan air selesai dilakukan.

"Hanya penyelesaian secara menyeluruh ini dapat memastikan industri air diuruskan secara lebih berkesan pada tarif yang munasabah dan tidak membebankan rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan