SPR Mesyuarat 6 Oktober Tentukan Tarikh Pilihan Raya Galas

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 6 Oktober di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPR hari ini, satu sidang media akan diadakan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar selepas mesyuarat itu yang dijangka membincangkan tarikh penamaan dan pengundian untuk pilihan raya kecil itu.

SPR berkata ia telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berhubung kekosongan kerusi di kawasan DUN Galas pada Selasa lepas.

Kerusi DUN Galas itu menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, Ahad lepas ekoran barah usus dan beliau meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di sini.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim (PAS) berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi.

Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan DUN Paloh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan