Pelan Transformasi Pelancongan Boleh Dicapai - Yen Yen

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelan Transformasi Pelancongan (PTP) yang menyasarkan ketibaan 36 juta pelancong dan pulangan RM168 bilion boleh dicapai menjelang 2020, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Namun ia memerlukan komitmen kuat dalam melaksanakan inisiatif pelancongan secara berjaya, katanya.

"Pada masa yang sama, menjana budaya kreativiti dan inovasi untuk membangun produk dan perkhidmatan baru pelancongan juga penting.

"Perlu juga difokus kepada pembangunan pelancongan yang mapan bagi memastikan aset pelancongan, biodiversiti dan warisan kebudayaan dilindungi dan dipelihara dengan baik," katanya semasa merasmikan Seminar Pelancongan Kebangsaan 2010 anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia di sini, Khamis.

Industri pelancongan diharap dapat menyumbang kira-kira 15 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2020, katanya.

Dr Ng berkata, terdapat cabaran yang bakal dihadapi dalam mencapai PTP seperti persaingan yang semakin bertambah, jangkitan penyakit, penjagaan dan kebersihan kawasan pelancongan, kualiti perkhidmatan, perkhidmatan teksi dan sumber manusia.

"Industri pelancongan sangat rapuh berikutan kelembapan ekonomi, ketidakstabilan politik, isu keselamatan serta laporan media yang negatif," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan