Pas Akui Gusar Tengku Razaleigh Ketuai Jentera BN Di Galas

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pas Kelantan mengakui "sedikit gusar" dalam usahanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Galas berikutan pelantikan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi mengetuai jentera pilihan raya Umno/Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil di situ nanti.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan Abdul Fatah Haron berkata ini kerana ketokohan Tengku Razaleigh akan memberi impak yang besar dan boleh membawa kemenangan kepada BN.

"Trek rekod Ku Li adalah sangat baik dan tiada siapa yang boleh menafikan ketokohannya.

"Kita akui laluan kita di Galas menjadi lebih sukar kali ini apatah lagi kita hanya menang tipis pada pilihan raya umum lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas kerana barah usus pada Ahad lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham memperoleh 4,399 undi menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari BN dengan majoriti 646 undi.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil itu yang tarikhnya belum diumumkan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik sebagai timbalan pengarah jentera tersebut.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Noor Zahidi Omar berkata pelantikan Tengku Razaleigh sangat wajar dan beliau mampu mengembalikan kerusi Galas kepada BN.

"Kami akan bekerja habis-habisan bagi membantu beliau," kata Noor Zahidi.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad pula menyifatkan pelantikan itu sebagai sangat tepat dan diterima semua pihak termasuk parti komponen BN yang lain.

"Ia langkah sangat bijak dan Tengku Razaleigh seorang yang dihormati dan satu nama besar dalam politik dan sudah tentu ini memberi kelebihan kepada BN," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan